PENDAFTARAN PTK JUN 2010

Berita khas untuk semua guru dan staff
(tidak termasuk DG54, 52, 48, 38, 34 dan N11)
Semua warga SMKBSP yang lain bolehlah membuat pendaftaran PTK Jun 2010 ini dengan berurusan secara terus dengan Guru Data (En Wisam.j). Sila sertakan bersama salinan photostat keputusan PTK lalu sebagai rujukan. Pendaftaran di harap dapat dilakukan secepat mungkin kerana tarikh tutup adalah 15 Mac 2010. Tarikh tutup peringkat sekolah adalah lebih awal daripada tarikh tersebut.
Bagi DGA34, DG48 Dan DG52  pendaftaran dijalankan secara online. Pendaftaran dilakukan oleh calon sendiri dengan melayari Portal Rasmi Unit Penilaian dan Kompetensi atau klik saja seperti arahan di bawah. Sebarang keterangan lanjut bolehlah melayari laman web dan portal yang disediakan.
Pastikan slip yang diphotostat itu jelas nampak keputusan bagi mengelak sebarang kesilapan dan permasalahan yang bakal timbul.
Diharapkan pendaftaran ini dapat dijalan dan dibereskan sebelum 28 Februari 2010. Harap semua warga BSP dapat memberi kerjasama sepenuhnya. Maklumlah warga kita ramai, ada pagi dan ada petang. Nak jumpa pun susah. Inilah kelebihan sekolah kita.....

Keterangan lanjut : Klik Sini =>
atau layari Portal Rasmi Unit Penilaian dan Kompetensi untuk pendaftaran PTK Online.
atau untuk pendaftaran online : klik di sini.
semua aplikasi hanya dapat digunakan pada pelayar Microsot Internet Explorer versi 5.5 dan ke atas.

Permohonan Menduduki Peperiksaan PTK Bagi PPPS Gred DG44, DG41, PPLD Gred DGA32, DGA29 dan AKS Gred 22 dan 17.
Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan PTK
Pendaftaran PTK adalah melalui guru data sekolah masing-masing manakala pegawai dan AKS Jabatan Pendidikan akan mendaftar melalui Unit Penilaian dan Kompetensi.

Pendaftaran akan bermula dari 18 Februari sehingga 15 Mac 2010.

BANTUAN KEPADA PELAJAR

Pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan dan jika anda memenuhi kriteria berikut sila berjumpa Guru Data (En Wisam.J)
  1. Kematian bapa/penjaga dalam masa terdekat ini
  2. Mendapat musibah seperti kebakaran rumah, bapa/penjaga kehilangan pekerjaan atau mendapat musibah yang menjejaskan sumber pendapatan keluarga
  3. Pendapatan keluarga kurang daripada RM750.00 sebulan
Mungkin ada sesuatu yang dapat dilakukan untuk mengurangkan bebanan anda. Hubungi guru kelas anda untuk menjelaskan masalah anda atau terus berjumpa dengan Guru Data. Pihak sekolah amat berharap dapat membantu, tetapi semuanya terletak di tangan anda. Anda tidak perlu malu. Ada jalan dan lorong yang boleh membantu anda, cuma anda kena tahu mana satu lorong yang patut anda lalui supaya masalah anda dapat dibantu.

DATA EMIS & OPMEN

Sekiranya terdapat guru-guru mendapat pertukaran DG, sudah disahkan jawatan, atau sebarang perubahan dalam perjawatan guru/staff, diharap dapat photostatkan surat lantikan @ perubahan tersebut untuk dibuat perubahan di dalam maklumat EMIS ONLINE dan OPMEN. Ini perlu dilakukan supaya maklumat guru/staf sentiasa yang terkini. Sebagai guru data saya tidak tahu ada guru/staf yang mendapat perubahan. Oleh itu diharapkan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya supaya tidak berlaku permasalahan pada masa hadapan. Dari masa ke semasa pihak guru/staff bolehlah berjumpa saya untuk melihat maklumatnya yang terkini. Semua maklumat adalah rahsia. Guru tidak boleh melihat maklumat guru lain, hanya maklumat sendiri sahaja boleh dilihat. Saya akan mencetak borang maklumat guru/staff dalam masa terdekat ini, dan amat berharap sebarang perubahan sila tandakan dengan pen merah dan kembalikan ke meja saya dalam masa 3 hari selepas menerima borang maklumat tersebut. Sebarang maklumat akan dibuat di dalam laman web ini dan kertas pengumuman di pejabat. Kerjasama semua guru/staf amatlah diharapkan.

MAKLUMAT SMM (SISTEM MAKLUMAT SEKOLAH)

Terima kasih kepada semua guru kelas yang menyerahkan maklumat murid kelas cikgu. Walaupun tidak berapa lengkap, saya dah cuba lengkapkan sedaya upaya saya. Bagi murid yang tiada dalam SMM, saya tidak dapat membuat apa-apa, masa tidak cukup untuk saya melengkapkannya kecuali ada borang. Oleh itu jika ada sebarang tambahan pelajar masuk, guru-guru kelas bolehlah menyerahkan borang tersebut secara terus kepada Guru Data. Buat masa ini maklumat SMM SMKBSP hanya terdapat di dalam komputer Guru Data sahaja. Kutipan data seterusnya adalah pada Jun 2010. Saya akan serahkan senarai nama pelajar kelas cikgu, dan tolong semak siapa yang tidak ada di dalam senarai SMM. Saya rasa tidaklah ramai. Saya sendiri yang akan bertindak pada sesi pagi dan Pn Martini akan bertindak untuk sesi petang.

MESYUARAT AGUNG PIBG_11mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG telah diubah tarikh baru iaitu pada 11hb Mac 2010 (khamis) jam 2.00 petang. Semoga semua warga BSP sedar akan perubahan ini. Mesyuarat Agung PIBG sebagai satu saluran untuk mengeratkan hubungan ibubapa dan guru-guru. Disamping dapat bersama-sama menyumbang idea untuk kepentingan dan kemajuan anak-anak pelajar. Setiap pelajar dikehendaki mengembalikan keratan jawapan kehadiran dan usul waris sebelum 1hb  Mac (isnin). Surat Akuan Waris yang ditandatangani menyatakan kewajipan untuk hadir dalam semua aktiviti sekolah yang melibatkan waris.
OBJEKTIF:
  1. Menyampaikan maklumat terperinci mengenai program sekolah serta hal ehwal pelajar
  2. Membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan sekolah dan pelajar
  3. Mengenalpasti langkah yang boleh diambil oleh PIBG untuk peningkatan prestasi dan kawalan disiplin
  4. Menentukan dana PIBG tahun 2010-2011
PROGRAM ANJURAN BERSAMA PIBG DAN SEKOLAH:
  1. Kelas Tambahan
  2. Ceramah Teknik Menjawan Soalan
  3. Program Pecutan Cemerlang
  4. Hari Anugerah Cemerlang
  5. Majlis Restu Pelajar
  6. Majlis Bacaan Yaasin/Doa
  7. Hari Jaya Waris
  8. Sifar Ponteng
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG:
  1. Ucapan YDP PIBG
  2. Ucapan dan Laporan Pengetua
  3. Ucapan Perasmian
  4. Jamuan Ringan
  5. Mesyuarat Agung Bermula
  6. Majlis Bersurai

Cadangan Penggredan dan Gred Purata Tingkatan 4 dan 5

 GRED LAMA                           GRED BARU                           MARKAH                               NILAI GPK
                                                           A+                                           90 - 100                                        0
          1A                                           A                                               80 - 89                                           1
          2A
                                          A-                                              70 - 79                                           2
          3B                                           B+                                             65 - 69                                           3
         4B                                            B                                               60 - 64                                           4
         5C
                                            C+                                             55 - 59                                           5
         6C                                            C                                                50 - 54                                           6
         7D                                           D                                                45 - 49                                            7
         8E
                                            E                                                40 - 44                                             8
         9G
                                           G                                                0 - 39                                               9

MUAT TURUN & LINK BERKAITAN PENDIDIKAN